Monday, June 16, 2008

IKAN PANGGANG...SEDAP..

4 ekor ikan kembung
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar minyakGaram, gula secukupnya
Daun pisang, aluminium foil

Bahan kisar (dengan 100 ml air)
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm kunyit2 biji cili merah, dibuang biji2-
3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili
1 cm belacan, dibakar
Jus dari 1 biji limau nipis

Cara membuatnya:
1. Lumur ikan dengan garam. Biar 20 minit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan sos cili Thai. Kacau rata.
4. Bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula. Angkat.
5. Letak sehelai daun pisang di atas foil.
6. Sudukan sedikit kuah. Letak seekor ikan. Bubuh lagi kuah di atasnya.
7. Taburkan daun limau purut. Bungkus kemas.
8. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200 C selama 30 minit atau hingga masak.
9. Boleh juga dipanggang di atas bara api atau dimasak atas kuali leper.

LASAGNE

8 keping lasagne
50 gm keju Parmesan*, diparut

Bahan Sos Daging
3camb minyak
1 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato, dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
2 camb tomato puri
1 camt oregano keringgula,
garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sos Putih
60 gm mentega
60 gm tepung gandum
600 ml susu segar/UHTgaram,
serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato.
3. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
4. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam tomato
puri) dan garam kemudian angkat.
5. Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya
berbuih halus.
6. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat.
7. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul.
8. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
9. Ratakan sedikit sos daging, satu lapisan lasagne.
10. Kemudian sos daging, sos putih dan satu lapisan lasagne.
Ulang hingga lapisan atas iaitu sos daging, sos putih dan keju.
11. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.

Resipi Putu Bambu..Yummm..

RESIPI PUTU BAMBU

Adakah resipi putu piring dan putu bamboo sama?
Tidak sama. Inilah resipi Putu BambuPutu Bambu

150 gm pulut, direndam 10 jam
1 biji kelapa parut putih
100 g gula merah/melaka, dihancurkan
garam secukupnya
acuan putu bambu

Cara membuat:
1. Kisar pulut hingga halus.

Gaul dengan kelapa parut dan garam.
2. Masukkan ke dalam acuan,
bubuh sedikit gula dan tutup lagi dengan campuran kelapa.
Kukus hingga masak.
3. Keluarkan dari acuan.

Wednesday, June 11, 2008

Mama & AlYa


Pemilihan Huruf Pertama pada nama anda....Sedikit Panduan...

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I


Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.


M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Wanita Yang Mithali (Lelaki Mesti Tahu)

lelaki & wanita
Ujar lelaki, wanita itu lemah…
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan. ..
kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam…
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....
Wanita yang MITHALI dan SETIA…..

Bacalah Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Tolong Sayangi Ibumu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak
lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu
di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang '
pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab,"Ibumu( dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
sayangilah ibumu....

Wasiat Untuk Isteri - Untuk Renungan Bersama

Kisah Benar

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali
ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil
merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa
amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca
ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit
kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut
itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan
sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.
Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.
Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama
adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5
orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.

Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu,
arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira
50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa
mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong
masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6
tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan
20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara
perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata
kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan
diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak
rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan
hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan
sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton
saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan
oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu
kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah
aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah
lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah
tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak
adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah
diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar
pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-
anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi
jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di
atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat
Islam
-she should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..!

Jom Kite Teka-Teki...

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.


Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.


Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'


Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...


Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus


Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut


Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak


Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'


Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'

Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe


Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur


Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung


Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...


Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...


Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......


Bunga apa yang bila disiram dia mati?
Bunga api


Banyak2 batu,batu apa yang boleh berjalan?
Batumalai a/p Duraisami

Ubat Batuk Yang Membahayakan Kite..Hati2..

Kepada Semua,
Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik.
Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan
pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18- 46 tahun tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasok kanak-kanak) mencari alternatif lain.
UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :


1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant
2. Plus Dietary Supplements
3. Acutrim Maximum Strength
4. Appetite Control Alka-Seltzer Plus
5. Children's Cold Medicine Effervescent
6. Alka-Seltzer Plus Cold Medicine (perasa ceri atau oren)
7. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
8. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
9. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
10. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
11. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
12. BC Allergy Sinus Cold Powder
13. BC Sinus Cold Powder
14. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
15. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
16. Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
17. Contac 12 Hour Caplets
18. Coricidin D Cold, Flu & Sinus
19. Dexatrim Caffeine Free
20. Dexatrim Extended Duration
21. Dexatrim Gelcaps
22. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
23. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
24. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
25. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
26. Dimetapp Elixir
27. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
28. Dimetapp 4 Hour Tablets
29. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
30. Naldecon DX Pediatric Drops
31. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & NasalCongestion
32. Triaminic DM Cough Relief
33. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
34. Triaminic Syrup Cold & Allergy
35. Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak:
Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant
Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,
Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk melawati laman web ini :
http://www.fda. gov/
EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

Tuesday, June 10, 2008

DAGING REBUS BUTTER & KICAP

1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sb lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air

Cara:

1. Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
2. Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
3. Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
4. Gaul daging dengan bahan2 tadi dan biarkan dalam ½ jam….(marinate)

Assalamualaikum...

Kepada kekwn yang sudi bersama-sama utk menghayati apa yang tersirat dan tersurat...
Jom.....Kita Layan...